Khamis, 6 Februari 2020 | 10:57pm
TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda kepada bintang Juventus itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35, semalam. - Foto ihsan Instagram Ronaldo dan Georgina

Ronaldo dapat hadiah RM497,000 daripada Georgina

TURIN: Teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda kepada bintang Juventus itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35, semalam.

Nilai kereta mewah itu dianggarkan sekurang-kurangnya £93,000 (RM497,000) dengan kelajuan 136.7mph.

Georgina menulis bersama video yang dikongsikan bersama 16 juta pengikutnya di Instagram: “Tahniah kepada lelaki dalam hidup saya! Apa yang anda mahu untuk membawa cinta kita? Hadiah anda @cristiano #happybirthday.”

Ronaldo kemudiannya memaparkan gambar dia menyambut ulang tahun kelahirannya bersama kek berbentuk CR7 sambil ditemani anaknya Cristiano Jr dan Georgina.

Ronaldo, yang memuat naik video latihan menunjukkan betapa dia masih tangkas dan cergas menulis: “Ini masa untuk menyambut hari lahir saya. Terima kasih kerana kejutan yang luar biasa ini.” - Agensi

Berita Harian X