Sabtu, 8 Februari 2020 | 7:49am
Pemain Lilles, Renato Sanches (dua dari kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menyumbat gol kedua pasukannya ketika bertemu Angers SCO, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain Lilles, Renato Sanches (dua dari kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menyumbat gol kedua pasukannya ketika bertemu Angers SCO, awal pagi tadi. - Foto AFP

Lille tambah peluang ke Liga Juara-Juara

PARIS: Renato Sanches meledak jaringan keduanya dalam Ligue 1 ketika Lille menang 2-0 di Angers awal pagi tadi seterusnya sama mata dengan pasukan tangga ketiga, Rennes.

Naib juara musim lalu itu memastikan kemenangan ketiga berturut-turut dan makin hampir ke kelayakan Liga Juara-Juara.

Rennes akan menanti kehadiran Brest hari ini ketika pasukan tangga kedua, Marseille, enam mata di depan Lille, bertemu pasukan tercorot Toulouse.

Penyerang Nigeria, Victor Osimhen memberikan skuad kendalian Christophe Galtier, Lille permulaan sempurna dengan meledak hasil lorongan bola Jonathan Bamba ke penjuru gawang pada minit ke-14 untuk gol ke-12 miliknya dalam liga musim ini.

Sanches melengkapkan mata penuh buat pasukannya berbaki 15 minit permainan ketika pemenang Euro 2016 bersama Portugal itu menyepak leret ke penjuru gawang.

Juara bertahan dan pendahulu liga, Paris Saint-Germain yang kini 12 mata di depan Marseille, akan menanti Lyon di Parc des Princes esok. - AFP

Penyerang Lille, Victor Osimhen (kiri) mengatasi halangan pertahanan Angers, Vincent Manceau, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Lille, Victor Osimhen (kiri) mengatasi halangan pertahanan Angers, Vincent Manceau, awal pagi tadi. - Foto AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X