Ahad, 9 Februari 2020 | 10:05am
Mauricio Pochettino (kiri) dan Ole Gunnar Solskjaer. - Foto sportsloveme.com
Mauricio Pochettino (kiri) dan Ole Gunnar Solskjaer. - Foto sportsloveme.com

Pochettino belum putus asa, Solskjaer makin bimbang

MANCHESTER: Mauricio Pochettino masih belum berputus asa untuk menjadi pengurus Manchester United musim depan.

Bekas bos Spurs itu msih belum ‘ada kerja’ selepas dipecat Pengerusi, Daniel Levy hampir tiga bulan lalu dan masih berada dalam radar United.

Bagaimanapun, hanya satu cara United akan memecat Ole Gunnar Solskjaer, jika mereka sekali lagi menamatkan musim dengan kejutan dan tidak berada dalam kelompok enam terbaik.

Tidak bermain dalam tahap tertinggi bola sepak Eropah ketika United kini berkedudukan ketujuh Liga Perdana dengan enam mata di belakang pasukan keempat Chelsea, pemilik kelab bimbang mengenai kemerosotan pendapatan kelab berkanaan.

Penaja utama seperti Adidas dan Chevrolet dipercayai memiliki klausa Liga Juara-Juara dalam kontrak mereka yang akan mengurangkan wang United jika tidak berada dalam kelompok empat terbaik.

Dengan prospek musim kedua tanpa Liga Juara-Juara, pemilik United semakin tertekan – dan tidak menolak untuk membawa Pochettino yang berada di Sepanyol dan negara asalnya, Argentina sejak meninggalkan Tottenham .

Pengendali berusia 47 tahun itu masih sabar – tapi difahamkan dia teruja menjadi antara calon menguruskan United.

Tapi ia membimbangkan Solskjaer walaupun naib pengerusi eksekutif Ed Woodward komited untuk terus menyokong pengendali dari Norway itu melalui fasa perubahan.

Bagaimanapun kegagalan memberi cabaran untuk kedudukan empat teratas berbaki 13 perlawanan liga akan membuatkan Solskjaer berdepan masalah. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X