Ahad, 9 Februari 2020 | 9:56pm
Callum O’Hare menerima beberapa jahitan bagi menghentikan pendarahan. - Foto Twitter Callum O’Hare
Callum O’Hare menerima beberapa jahitan bagi menghentikan pendarahan. - Foto Twitter Callum O’Hare

'Tetap main selagi tak dapat 10 jahitan'

BIRMINGHAM: Pemain Coventry City, Callum O’Hare tetap beraksi sekalipun mengalami kecederaan serius di bahagian dahi selepas bertembung dengan pemain Bolton Wanderers.

O’Hare mengemaskini gambar kecederaan dialaminya menerusi Twitter dan kecederaan itu menyebabkan dia menerima beberapa jahitan bagi menghentikan pendarahan.

Pemain berusia 21 tahun yang dipinjamkan daripada Aston Villa bertembung di bahagian kepala dengan Aristote Nsiala.

Insiden itu berlaku pada minit ke-56, namun O’Hare yang hanya membalut kepalanya terus beraksi selama 90 minit.

O’Hare meneruskan permainan dengan membalut kepalanya.
O’Hare meneruskan permainan dengan membalut kepalanya.

Pengendali Coventry, Mark Robins memaklumkan ‘dia diasak di tempat yang sama tetapi kami menegaskan dia tidak lagi akan beraksi selagi tidak mendapat 10 jahitan untuk luka terbabit.

“Pasukan perubatan sudah memastikan dia tidak berdepan gegaran kepala,” katanya.

Pemain tengah itu mendapat ganjaran atas ‘keberaniannya’ apabila pasukannya berjaya meledak gol kemenangan pada minit ke-90. -Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X