Isnin, 10 Februari 2020 | 7:35am
Penyerang Barcelona, Lionel Messi mengawal bola dari dua pemain Real Betis, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Penyerang Barcelona, Lionel Messi mengawal bola dari dua pemain Real Betis, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Messi bantu 3 gol Barca atasi Betis

SEVILLE: Lionel Messi menghasilkan tiga umpanan untuk gol apabila Barcelona menang 3-2 mengatasi Real Betis dalam saingan La Liga sebentar tadi selepas ketinggalan dua kali ketika Quique Setien kembali mencipta kemenangan buat bekas kelabnya.

Pertahanan Perancis, Clement Lenglet menanduk masuk gol penting pada minit ke-72 hasil sepak percuma Messi namun dia dibuang padang kerana dua kekasaran sejurus selepas pemain Betis, Nabil Fekir juga dibuang kerana dua kad kuning dalam tempoh seminit.

Barca ketinggalan pada minit keenam hasil penalti Sergio Canales selepas VAR menunjukkan Lenglet memegang bola namun pemain tengah Belanda Frenkie de Jong menyamakan kedudukan hasil hantaran Messi.

Pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pertahanan Barcelona, Clement Lenglet pada perlawanan Real Betis, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pertahanan Barcelona, Clement Lenglet pada perlawanan Real Betis, awal pagi tadi. - Foto AFP

Betis kembali di depan hasil jaringan penyerang Piala Dunia, Fekir pada minit ke-26 namun Barca kembali bangkit sebelum tamat babak pertama apabila sepakan percuma Messi menemui Sergio Busquets yang meledak dari jarak dekat.

“Adalah penting buat kami menang selepas tewas saingan merebut piala pada minit terakhir tetapi kami perlu bermain dengan cara yang sama dan itulah yang kami lakukan,” kata pemain Barca, Sergi Roberto.

“Penting untuk kami menemui prestasi terbaik dan mula menang semula di luar, jadi kami pulang dengan gembitra.” - Reuters

Pemain Barcelona, Sergio Busquets (kiri) menjaringkan gol hasil hantaran Lionel Messi, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Pemain Barcelona, Sergio Busquets (kiri) menjaringkan gol hasil hantaran Lionel Messi, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X