Selasa, 11 Februari 2020 | 9:29am
Juventus dilaporkan sedia untuk mengemukakan tawaran lumayan bagi memujuk Pep Guardiola meninggalkan Manchester City. - Foto Reuters
Juventus dilaporkan sedia untuk mengemukakan tawaran lumayan bagi memujuk Pep Guardiola meninggalkan Manchester City. - Foto Reuters

Juventus 'pancing' Guardiola

LONDON: Juventus dilaporkan sedia untuk mengemukakan tawaran lumayan bagi memujuk Pep Guardiola meninggalkan Manchester City.

Kelab gergasi Itali itu baru melantik Maruzio Sarri bagi membimbing pasukan pada musim panas yang lalu tetapi melihat Guardiola sebagai masa depan pasukan berkenaan.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli percaya sentuhan ‘magis’ Guardiola mampu mengembalikan dominasi pasukan itu.

Juventus ketika ini berada di kedudukan kedua saingan Serie A, dipisahkan menerusi perbezaan gol dengan pendahulu, Inter Milan.

Inter yang dibimbing bekas jurulatih Juventus, Antonio Conte berbelanja besar bagi mengembalikan kegemilangan kelab berkenaan di pentas Eropah.

Sarri pula ketika ini berdepan risiko menjadi jurulatih yang bertanggungjawab sekiranya Juventus gagal dalam misi merangkul gelaran Serie A buat kali kesembilan berturut-turut.

Guardiola ketika ini difahamkan menerima gaji sebanyak 15 juta pound (RM80.24 juta) setahun daripada City dan skuad bimbingannya kini sudah tidak berpeluang untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris.

Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp dilandasan tepat bagi menjulang trofi liga musim ini dengan kelebihan 22 mata di depan City.

Juventus dilaporkan bersedia untuk membenarkan Guardiola meletakkan syaratnya sendiri bagi memastikan pengurus dari Sepanyol itu menandatangani kontrak. – Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X