Rabu, 12 Februari 2020 | 6:43am
Ousmane Dembele bakal terlepas aksi pada Euro 2020 selepas Barcelona. - Foto AP
Ousmane Dembele bakal terlepas aksi pada Euro 2020 selepas Barcelona. - Foto AP

Dembele terlepas Euro 2020

MADRID: Ousmane Dembele bakal terlepas aksi pada Euro 2020 selepas Barcelona mengumumkan pemain antarabangasa Perancis itu terpaksa diketepikan selama enam bulan.

Ia susulan pembedahan yang dilakukannya akibat kecederaan hamstring.

Ketiadaan Dembele turut menyaksikan dia akan terlepas semua baki perlawanan bersama Barcelona musim ini.

Sebelum ini, Barcelona sudah pun kehilangan khidmat seorang lagi penyerang, Luis Suarez yang terpaksa berehat panjang susulan kecederaan lutut dialaminya, bulan lalu.

“Pemain skuad utama Ousmane Dembele selamat menjalani pembedahan bagi kecederaan hamstring di bahagian paha kanannya.

“Pemain dari Perancis itu akan berehat selama enam bulan,” kata kenyataan dikeluarkan Barcelona.

Pemain berusia 22 tahun itu beberapa kali mengalami kecederaan hamstring sejak menyertai kelab berkenaan daripada Borussia Dortmund pada Ogos 2017 dengan yuran perpindahan bernilai 147 juta euro (RM663 juta).

Dembele hanya membuat sembilan penampilan bersama The Catalan musim ini.

Perkembangan terbaru itu pastinya memberi tamparan hebat buat Perancis dalam misi memburu gelaran Euro tahun ini selepas menjulang trofi Piala Dunia 2018. - AFP

 

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X