Jumaat, 14 Februari 2020 | 8:35am
PEMAIN Juventus, Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada aksi perlawanan menentang AC Milan pada aksi Piala Itali di San Siro. - Foto Reuters

Penalti Ronaldo bantu Juve ikat Milan

MILAN: Penalti minit kecederaan Cristiano Ronaldo membantu Juventus mengikat AC Milan 1-1 pada aksi pertama separuh akhir Piala Itali.

Pemain 35 tahun itu kini sudah mengumpul 12 gol sepanjang lapan perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan.

Milan yang menguasai permainan memecah kebuntuan pada minit ke-61 menerusi Ante Rebic tetapi kehilangan Theo Hernandez yang dilayangkan kad merah 10 minit kemudian kerana mengasari Paulo Dybala.

PEMAIN Juventus, Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada aksi perlawanan menentang AC Milan pada aksi Piala Itali di San Siro. - Foto Reuters

Kelebihan itu digunakan sepenuhnya oleh Juventus untuk menggandakan asakan dan akhirnya mendapat sepakan penalti pada minit terakhir permainan selepas ulang tayang VAR mendapati bola terkena tangan Divide Calabria.

Ronaldo menyempurnakan sepakan untuk gol ke-24 dirinya musim ini.

Juventus kini dilihat kembali mempunyai kelebihan untuk memenangi aksi timbal balik di Stadium Allianz bulan depan, dengan lawan di final antara Inter Milan dan Napoli. – AFP

Berita Harian X