Selasa, 18 Februari 2020 | 10:08am
BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger. - Foto Reuters
BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger. - Foto Reuters

'City membeli semua pemain saya'

LONDON: Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger kembali mengkritik Manchester City selepas kelab berkenaan dihukum dengan penggantungan dua musim daripada semua kejohanan UEFA kerana melanggar peraturan kewangan bersih.

Pengendali dari Perancis itu sentiasa mengkritik City kerana perbelanjaan besar mereka yang dianggap sebagai ‘doping kewangan’ ketika dia menjadi bos Arsenal selepas City mendapatkan beberapa bintang sepanjang dekad kelabnya itu termasuk Emmanuel Adebayor, Kolo Toure, Samir Nasri, Gael Clichy dan Bacary Sagna.

City membuat perbelanjaan besar sejak Sheikh Mansour mengambil alih pada 2008, dan Wenger kembali mengkritik kelab berkenaan selepas dikenakan denda £25 juta (RM134.79 juta) sambil memberitahu Anugerah Sukan Laureus: “City membeli semua pemain saya!”

Wenger percaya kedudukan terakhir liga utama 'dikaitkan dengan jumlah wang dibelanjakan' dan mahu pasukan menunjukkan rasa lebih hormat kepada peraturan dengan bersaing secara sihat.

“Saya percaya sukan ialah mengenai cuba menang dengan menghormati peraturan,” katanya. “Kita meraikan yang terbaik dalam setiap sukan – tapi hanya selepas kita tahu pemenang menghormati peraturan.

“Jika tiada rasa hormat, ia bukan sukan sebenar. Kedudukan liga sentiasa dikaitkan dengan jumlah wang kelab belanjakan untuk membeli pemain.” - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X