Jumaat, 21 Februari 2020 | 7:39am
PEMAIN Inter Milan, Christian Eriksen (tengah) diasak penjaga gol Ludogorets Razgrad, Plamen Iliev (kanan) pada aksi Liga Europa di Bulgaria, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN Inter Milan, Christian Eriksen (tengah) diasak penjaga gol Ludogorets Razgrad, Plamen Iliev (kanan) pada aksi Liga Europa di Bulgaria, awal pagi tadi. - Foto AFP

Eriksen ledak gol sulung buat Inter

ZURICH: Pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen menjaringkan gol pertama buat kelabnya sejak berpindah bulan lalu dari Tottenham Hotspur untuk membantu kemenangan 2-0 di Ludogorets Razgrad dalam pusingan pertama kelompok 32 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.

Getafe membuat kejutan apabila menang 2-0 di laman sendiri mengatasi pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, Ajax Amsterdam manakala pemain Wolverhampton Wanderers, Diogo Jota menajringkan hatrik buat kali kedua berturut-turut ketika menang 4-0 mengatasi Espanyol.

Inter kecewa lebih sejam berdepan lawan dari Bulgaria itu sehingga perancang Denmark, Eriksen meledak sepakan leret ke gawang dari luar kotak penalti pada minit ke-71.

PEMAIN Inter Milan, Christian Eriksen (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Ludogorets Razgrad pada aksi Liga Europa di Bulgaria, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN Inter Milan, Christian Eriksen (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Ludogorets Razgrad pada aksi Liga Europa di Bulgaria, awal pagi tadi. - Foto AFP

“Saya rasa dia boleh melakukan lebih baik berbanding apa yang kita lihat hari ini,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte.

“Saya gembira kerana gol sentiasa memberikan keyakinan, tetapi dia perlu mencari rentak dan kesungguhan yang menjadikan dia cemerlang sejak bertahun lalu.”

Pemain simpanan, Romelu Lukaku mengesahkan kemenangan Inter hasil penalti pada penamat saingan, jaringan ke-22 penyerang Belgium itu musim ini apabila Anicet Andrianantenaina didapati memegang bola selepas melihat rakaman VAR. - AFP

ROMELU Lukaku menyempurnakan penalti dalam perlawanan menentang Ludogorets Razgrad pada aksi Liga Europa di Bulgaria, awal pagi tadi. - Foto AFP
ROMELU Lukaku menyempurnakan penalti dalam perlawanan menentang Ludogorets Razgrad pada aksi Liga Europa di Bulgaria, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X