Sabtu, 22 Februari 2020 | 10:12am
PEMAIN Napoli, Fabian Ruiz.
PEMAIN Napoli, Fabian Ruiz.

Napoli bangkit atasi Brescia

MILAN: Napoli terus menampikan peningkatan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 berdepan pasukan bawahan Brescia menerusi gol hebat Fabian Ruiz dalam Serie A awal pagi tadi yang memperkuatkan harapan mereka menempah tiket ke Eropah.

Brescia, yang melebarkan rentak tanpa kemenangan kepada 10 perlawanan dan kedua terbawah liga, melakukan kejutan dengan mendahului menerusi tandukan Jhon Chancellor pada minit ke-26 sebelum Lorenzo Insigne menyempurnakan penalti dan pemain Sepanyol, Ruiz replied membalas selepas rehat babak pertama.

Napoli, yang akan menanti kehadiran Barcelona dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu depan, naik ke kedudukan keenam dengan 36 mata, satu melebihi Parma, Verona dan AC Milan yang akan bermain awal pagi esok.

Selepas tewas empat daripada enam perlawanan awal di bawah kendalian jurulatih Gennaro Gattuso, Napoli kini menang enam daripada tujuh perlawanan terakhir.

“Saya kini sukakan pasukan ini, ada semangat berbeza,” kata Gattuso. “Kami dikejutkan hari ini dan ketinggalan, tapi apa yang penting ialah reaksi kami.”

“Kini ia nampak mudah, tapi bukan. Kami tahu ia sentiasa akan menjadi sukar, kami perlu bersedia,” kata Gattuso.

“Untuk tempoh yang lama sangat takut, kerana saya lihat pasukan yang rapuh tanpa keselamatan. Saya sudah lihat dalam dunia bola sepak bertahun lamanya dan saya tahu apabila ‘lampu tiada’ ia menjadi sangat sukar.” - REUTERS

Berita Harian X