Sabtu, 22 Februari 2020 | 10:36am
MESSI (tengah) bersama anaknya.
MESSI (tengah) bersama anaknya.

Anak Messi peminat Ronaldo

BARCELONA: Lionel Messi mendedahkan bahawa anak sulungnya Thiago adalah peminat utama Cristiano Ronaldo.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu selalu mengkritik bapanya secara berdepan jika melihat persembahan buruk dan sentiasa bertanya mengenai bintang Juventus itu.

Bintang veteran Barcelona itu memiliki tiga anak lelaki bernama Thiago, Mateo dan Ciro bersama isterinya, Antonella Roccuzzo.

Ketika temubual dengan Mundo Deportivo, pemain berusia 32 tahun itu mendedahkan bahawa anak sulungnya itu adalah peminat pencabar utama Ballon d'Or itu.

"Dia banyak bercakap mengenai Luis (Suarez), pemain yang ada hubungan rapat dengan saya, mengenai (Antoine) Griezmann dan Arturo (Vidal) sejak hari pertama kerana gaya rambut dan semuanya.

"Juga pemain dari luar, (Kylian) Mbappe, Cristiano (Ronaldo), Neymar.

"Thiago kenal semua mereka, dia bertanya soalan dan amat meminatinya."

Tapi perkara sama tidak boleh diperkatakan mengenai Mateo, 4, selepas dia meraikan dengan meriah apabila bapanya menewaskan Ronaldo untuk Ballon d'Or 2019.

Messi mendedahkan bahawa Thiago dan Mateo sentiasa datang ketika sesi latihan tetapi yang bongsu, Ciro masih terlalu kecil.

Katanya: "Dua yang tua menunjukkan lebih dedikasi kpada bola sepak.

"Thiago dan Mateo lebih banyak faham. Mereka datang ke padang dan sesi latihan dan biasanya rapat dengan saya."

Tidak diketahui sama ada Mateo adalah penyokong Barcelona selepas dia dilihat meraikan jaringan gol Real Betis ketika berdepan kelab bapanya. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X