Sabtu, 22 Februari 2020 | 11:49am
PENGURUS Everton, Carlo Ancelotti.
PENGURUS Everton, Carlo Ancelotti.

Everton mula hadapi saingan sengit

LONDON: Carlo Ancelotti berkata Everton sudah bersedia menghadapi ujian besar di bawah kendaliannya ketika pasukan yang berharap akan layak ke Liga Juara-Juara itu berdepan Arsenal awal pagi Isnin ini dalam permulaan saingan sukar musim ini.

Skuad kendalian Ancelotti sudah mengumpul 17 mata daripada lapan perlawanan Liga Perdana ketika dia mengambil alih, catatan yang hanya diatasi pendahulu Liga Perdana, Liverpool (24) dalam tempoh sama – dan pasukan itu naik dari kedudukan ke-15 ke sembilan sejak jurulatih Itali itu tiba pada Disember.

Akan ada lebih banyak ujian menanti skuad Toffees selepas kunjungan ke utara London, dengan mereka akan menanti Manchester United dan Liverpool selain ke pasukan tangga keempat, Chelsea yang akan menunjukkan keupayaan sebenar mereka jika ingin ke Eropah.

“Sudah tentu kami perlu fokus kepada Arsenal, tapi jika kami mahu memikirkan mengenai Eropah, ada perlawanan penting selepas Arsenal,” kata Ancelotti.

“Kami perlu berdepan United, Chelsea dan Liverpool. Selepas empat perlawanan ini, kami akan lihat apa yang akan berlaku untuk ke Eropah.”

Kehadiran Everton di Stadium Emirates dengan harapan untuk mengurangkan jurang lima mata dengan Chelsea ketika mereka cuba layak ke Liga Juara-Juara.

Penggantungan dua tahun Manchester City di Eropah membuka pintu untuk pasukan menamatkan saingan di tangga kelima untuk layak ke kejohanan tahun depan, sambil menanti rayuan City kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X