Isnin, 24 Februari 2020 | 10:52am
Lionel Messi meraikan jaringan keempatnya berdepan Eibar dalam saingan La Liga. - REUTERS.
Lionel Messi meraikan jaringan keempatnya berdepan Eibar dalam saingan La Liga. - REUTERS.

Messi akui Barca tidak cukup bagus

MADRID: Lionel Messi berkata Barcelona tidak bermain cukup baik untuk menang Liga Juara-Juara musim ini tetapi empat gol berdepan Eibar kelmarin adalah peringatan akan akan harapan selagi dia bersama pasukan itu.

Barca akan menentang Napoli pada kelompok 16 terakhir awal pagi Rabu ini dan dijangka akan mara, walaupun lawan mereka melalui prestasi terbaik, menang enam daripada tujuh perlawanan terakhir termasuk mengatasi Juventus dan Inter Milan.

Walaupun dibayangi pergelutan politik sejak beberapa bulan lalu, pendekatan Barcelona dalam menghadapi pertembungan ini ialah dengan menduduki tangga teratas La Liga dengan sebahagian besar dibantu Messi.

“Ia kemenangan yang kami perlukan,” kata jurulatih Quique Setien.

Messi sudah mencatat tujuh kali jaringan empat gol dalam satu perlawanan sepanjang kariernya dan ketika pemain lain berdepan prestasi tidak menentu, Messi sekali lagi menampilkan persembahan hebat yang menunjukkan kemampuannya membawa pasukan dalam tempoh yang sukar.

“Dia berada dalam prestasi seperti ini sepanjang 14 atau 15 tahun dan dia terus beraksi seperti ini,” kata Setien.

“Dia mendapat jaminan untuk sebarang kelab dan untuk mana-mana jurulatih dan itulah yang menjadikan dia pemain terbaik dunia. Dia boleh melakukan apa yang orang lain hanya mimpikan.”

Messi ada banyak alasan untuk merasa sedih tetapi ia tidak memberi kesan kepada persembahannya.

Pengurusan Barcelona memecat Ernesto Valverde bulan lalu walaupun Messi secara terbuka menyokong jurulatih itu tiga hari sebelumnya malah kelab itu gagal mendapatkan penyerang dalam perpindahan pemain dengan Luis Suarez dan Ousamane Dembele both kedua-duanya cedera.

Messi mengakui, “dengan cara kami bermain pada ketika ini, saya tidak rasa ia cukup untuk menang Liga Juara-Juara” dan mengatakan Real Madrid, Juventus, Paris Saint-Germain dan Liverpool sebagai ancaman terbesar. - AFP

Berita Harian X