Rabu, 26 Februari 2020 | 9:59am
Raheem Sterling mendedahkan individu yang selalu melakukan ‘troll’ terhadapnya ialah anak perempuannya sendiri yang berusia tujuh tahun, Melody. Gambar kiri, Mo Salah.
Raheem Sterling mendedahkan individu yang selalu melakukan ‘troll’ terhadapnya ialah anak perempuannya sendiri yang berusia tujuh tahun, Melody. Gambar kiri, Mo Salah.

Anak Sterling suka nyanyi lagu Salah

MANCHESTER: Raheem Sterling mendedahkan individu yang selalu melakukan ‘troll’ terhadapnya ialah anak perempuannya sendiri yang berusia tujuh tahun, Melody.

Dia menyanyikan lagu Liverpool kepada hero Manchester City itu terutama membabitkan Mo Salah, ketika kelab lama Sterling cuba mengambil alih gelaran juara daripada skuad Pep Guardiola.

Dan kehidupan keluarga hanya menjadi ‘semakin sukar’ buat penyerang England itu yang mengakui anak lelakinya yang berusia tiga tahun, Thiago juga sering mengejeknya jika gagal menjaringkan gol.

Namun Sterling sangat menyukai keletah Melody - dan keluarga menjadikan "semuanya tampak sempurna" dalam hidupnya.

Katanya kepada AS: "Dia memiliki personaliti saya, dan dia suka menyanyikan lagu Mo Salah kepada saya.

"Dia tahu perseteruan antara Liverpool dan pasukan saya bermain, jadi dia selalu menyanyikan lagu mereka dan cuba menghiburkan saya, tapi itu hanya personaltinya."

Kata pemain berusia 25 tahun itu: "Bola sepak banyak mengambil masa anda tetapi pada penghujungnya, apabila perkara menjadi sukar, itu yang menjadikan anda gembira.

“Melihat anak mungkin perkara paling penting dalam kehidupan seharian anda.

"Mereka mengambil perkara lain yang berada di luar, jadi apabila saya pulang, semuanya nampak sempurna."

Sterling percaya tiga anaknya, Melody, Thiago dan Thai Cruiz - mengurangkan tekanannya dalam dunia elit bola sepak. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X