Khamis, 12 March 2020 | 9:25am
PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone. - Foto AFP
PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone. - Foto AFP

'Janji menang'

LIVERPOOL: Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone mempertahankan pendekatan pasukannya selepas menyingkirkan Liverpool daripada Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 3-2 selepas tambahan masa di Anfield untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-2.

Penyandang juara itu tampak sudah hampir mengatasi kekentalan pertahanan Atletico apabila Roberto Firmino meletakkan mereka di depan pada saingan kelompok 16 terakhir menerusi tandukan babak pertama Georginio Wijnaldum memaksa perlawanan kedua itu berlanjutan ke masa tambahan 30 minit.

Bagaimanapun Liverpool terlepas banyak peluang untuk menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit ketika Llorente meledak dua kali dari luar kotak penalti sebelum Alvaro Morata menambah jaringan pada masa tambahan.

Kekalahan menamatkan rekod baik Jurgen Klopp yang tidak pernah tewas pada saingan timbal balas saingan Eropah itu selaku pengurus Liverpool dan dia membidas taktik bertahan digunakan Atletico.

Bagaimanapun Simeone muncul pemenang dalam satu lagi malam gemilang di Eropah buat skuad yang dibawanya ke final sebanyak dua kali sepanjang lapan tahun mengemudi kelab terbabit.

“Kami bermain untuk menang, dengan pemain yang kami ada,” kata Simeone. “Menghormati identiti kami, perwatakan pemain kami dan mengeksploitasi kelemahan lawan kami.”

Juara Eropah itu gagal menemui sebarang cubaan ke sasaran ketika kalah 1-0 di Madrid tiga minggu lalu, namun penjaga gol, Jan Oblak perlu segera bekerja keras.

Bagaimanapun Oblak gagal mempertahankan gawangnya ketika Liverpool menyamakan kedudukan sejurus sebelum tamat babak pertama menerusi tandukan bertenaga Wijnaldum.

Gol berkenaan tidak mengeubah pendekatan Atletico ketika mereka bermain secara berisiko dengan bergantung kepada Oblak bagi meneruskan kemaraan.

“Saya tidak meragui bahawa Oblak ialah penjaga gol terbaik dunia,” kata Simeone. - AFP

Berita Harian X