Ahad, 15 March 2020 | 12:08am
PEMAIN JDT Syafiq Ahmad (kanan) meraikan jaringan bersama Matt Davies. - Foto MFL
PEMAIN JDT Syafiq Ahmad (kanan) meraikan jaringan bersama Matt Davies. - Foto MFL

FELDA, JDT kongsi mata

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super enam kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal meneruskan rentak kemenangan selepas diikat FELDA United 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

JDT terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-21 sebelum Federic Bulot menyelamatkan FELDA United dengan gol penyamaan pada minit ke-51.

Sementara itu, Sabah dan Perak turut berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 di Stadium Likas.

Azzizan Nordin meletakkan Sabah di depan seawal minit kelima, namun Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Shahrel Fikri Md Fauzi 12 minit kemudian.

Sabah kembali mendahului pada minit ke-27 selepas Guy Mickael Gnabouyou meledak gol kedua dan Shahrel sekali lagi muncul penyelamat Bos Gaurus apabila berjaya menyumbang gol penyamaan, sekali gus mencuri satu mata dari Kota Kinabalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X