Khamis, 19 March 2020 | 8:05am
Pemilik Fiorentina, Rocco Commisso.
Pemilik Fiorentina, Rocco Commisso.

COVID-19: 10 pemain Fiorentina didapati positif

MILAN: Pemilik Fiorentina, Rocco Commisso mengesahkan seramai 10 orang dalam pasukan itu didapati positif COVID-19 dengan tiga daripadanya kini menjalani rawatan di hospital.

“Situasi semakin bertambah buruk, seramai 10 orang dalam kelab ini yang dijangkiti wabak berkenaan, tiga kakitangan pasukan berada di hospital,” kata Commisso kepada Sky Sport Italia.

Antara pemain yang dijangkiti termasuk penyerang Itali, Patrick Cutrone, pemain dari Argentina, German Pezzela dan penyerang Serbia, Dusan Vlahovic.

Susulan penularan wabak itu yang semakin meningkat, Fiorentina mengambil inisiatif sendiri apabila melancarkan tabung kutipan derma bagi disalurkan kepada hospital di bandar itu.

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Franck Ribery menderma sebanyak 50,000 euro (RM218,675).

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Ribery di atas sumbangan ini. Kami bermula dengan baik dan sudah berjaya mengumpul 420,00 euro (RM1.83 juta) dengan sasaran kami adalah 500,000 euro (RM2.18 juta).  - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X