Rabu, 25 March 2020 | 12:20pm
Pemain sayap Inter Milan, Ashley Young.
Pemain sayap Inter Milan, Ashley Young.

Young kongsi pengalaman di Itali

MILAN: Bekas pemain sayap Mancehster United Ashley Young menyertai Inter Milan pada Januari sebelum COVID-19 memaksa saingan bola sepak di seluruh Eropah dan dunia ditangguhkan.

Itali antara negara paling teruk dilanda pandemik berkenaan dengan 6,280 kematian dicatat dan 69,176 disahkan setakat semalam.

Negara itu sedang menjalani perintah berkurung sejak dua minggu lalu tetapi dibenarkan keluar rumah untuk tujuan tertentu.

“Hai semua, saya hanya ingin berkongsi pendapat tentang kehidupan di Itali, negara paling teruk dilanda wabak ini.

“Pasaraya adalah risiko terbesar untuk penularan virus ini dan untuk dijangkiti. Bercakap dengan keluarga dan kawan-kawan di England, mendapatkan makanan adalah kerja gila.

“Di Itali pergi ke pasaraya cukup tenang… tidak ada yang berebut bekalan makanan. Hanya seorang ketua keluarga keluar membeli barangan keperluan.

“Jika anda perlu menaiki lif, pastikan hanya seorang atau dua orang berada dalam satu lif pada satu-satu masa. Berdiri menghadap dinding, jangan bernafas ke arah orang lain.

“Sentiasa gunakan sarung tangan apabila keluar dari kereta! Anda pasti tidak mahu menyentuh troli yang sudah dipegang ramai orang. Teruskan memakai sarung tangan sehingga kembali ke kereta.

“Gunakan topeng muka atau skaf untuk menutup hidung dan mulut anda. Sentiasa jarakkan diri dalam barisan. Biarkan troli di belakang ketika meletakkan barang di atas kaunter, jadi orang di belakang tidak dapat menghampiri anda.

“Paling penting, kekal selamat! Ini apa yang kami lakukan di sini, ia bukan melebih-lebih, hanya mahu kekal selamat. Ia akan membantu menyelamatkan nyawa,” tulis Young di media sosial. – AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X