Rabu, 25 March 2020 | 8:10pm
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan minta pasukan Liga M rujuk kepada FAM. Gambar - OWEE AH CHUN.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan minta pasukan Liga M rujuk kepada FAM. Gambar - OWEE AH CHUN.

Belum masa potong gaji pemain

KUALA LUMPUR: Semua pasukan dinasihatkan tidak membuat tindakan terburu-buru termasuk menggunakan pendekatan memotong gaji pemain susulan penangguhan Liga Malaysia (Liga M) akibat penularan COVID-19.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam sebaliknya meminta pasukan berkenaan merujuk badan induk itu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan drastik.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pasukan tidak mengambil tindakan yang salah termasuk undang-undang.

"Kalau diikutkan ketika ini adalah masa untuk (aksi) skuad kebangsaan dan tidak membabitkan perlawanan dalam liga lagi. Bagi FAM, belum masa untuk pasukan bertindak panik.

"Saya menyeru semua pasukan berbincang dengan FAM sebelum mengambil apa-apa tindakan dan kami akan memberi maklumat serta nasihat yang diperlukan. Jangan ambil tindakan terburu-buru tanpa merujuk kepada FAM," katanya kepada BH Sukan.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyatakan hasrat untuk memotong gaji pemain The Red Warriors (TRW) selepas mendakwa penangguhan Liga M menjejaskan kantung kewangan mereka.

Malah, yang terbaru Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dilaporkan bercadang mengambil pendekatan sama untuk mengadakan perbincangan dengan pemain bagi mendapatkan persetujuan pemotongan gaji sekiranya keadaan terdesak.

Selain itu, Stuart menjelaskan tiada masalah sekiranya pemain bersetuju dengan keputusan majikan mereka untuk memotong gaji.

"Kalau pemain bersetuju, itu antara majikan dan pekerjanya. Tapi seeloknya merujuk kepada FAM terlebih dahulu," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X