Khamis, 26 March 2020 | 11:42am
Hector Bellerin dan Reece James (kanan).
Hector Bellerin dan Reece James (kanan).

Bintang EPL bersatu kumpul dana perangi COVID-19

Subhead Beberapa bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) ketepikan ‘jersi’ apabila

bekerjasama bagi membantu komuniti ketika krisis COVID-19 

 

 

LONDON: Hector Bellerin, Reece James dan Aaron Wan Bissaka adalah antara sebilangan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membantu mengumpul 100,000 pound (RM520,000) untuk mengatasi coronavirus.

 

 

Pemain divisyen utama itu nyata mengetepikan perseteruan apabila berganding bahu untuk menghulurkan bantuan ketika dunia dilanda pandemik global itu.

 

 

Ramai lagi pemain yang membantu mengutip dana bagi Amanah Kecemasan Kebangsaan itu termasuklah Callum Wilson and Andros Townsned.

 

 

Justeru, mereka mengharapkan lebih ramai lagi pemain akan turut menyumbang dan memulakan kempen dengan tanda pagar 

#FootballUnited.

 

 

Kenyataan bersama mewakili pemain menyebut ‘bola sepak memainkan peranan yang penting untuk komuniti dan kelab kami menjadi sebahagian besar dalam kehidupan mereka.

 

 

“Tanpa bola sepak, kami mahu mengetepikan perseteruan dan bekerjasama ketika detik kritikal untuk negara kami.

 

 

“Komuniti sering berdepan ketidaktentuan tetapi sebagai pemain, kami mahu memberikan penghargaan kepada komuniti ini di mana ramai yang berada di rumah ketakutan, bersendirian dan tanpa jagaan.

 

 

“Kami mahu menunjukkan sokongan kepada sukarelawan dan organisasi yang memerlukan dana bagi memastikan makanan dan ubat ubatan terus disalurkan ketika krisis ini.

 

 

“Sebagai pemain, tiada apa yang lebih menggembirakan selain beraksi di stadium yang dipenuhi penyokong.

 

 

“Namun kita boleh tunggu perkara itu kerana apa yang lebih penting adalah masa depan negara dan #FootballUnited adalah cara kami menunjukkan semangat komuniti.”

 

 

-Agensi

Berita Harian X