Jumaat, 27 March 2020 | 9:53am
Mikel Arteta sudah pulih sepenuhnya dan sedia kembali bekerja. - Foto fail Reuters
Mikel Arteta sudah pulih sepenuhnya dan sedia kembali bekerja. - Foto fail Reuters

Arteta pulih, sedia kembali bertugas

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta bimbang dia menjangkiti orang lain apabila didapati positif COVID-19, tetapi berkata dia sudah pulih sepenuhnya dan sedia kembali bekerja dengan skuad Liga Perdana Inggeris itu.

Arsenal mengumumkan Arteta positif COVID-19 dua minggu lalu pada 12 Mac, situasi yang menjurus kepada penangguhan musim ketika pasukannya dalam persiapan bertemu Manchester City.

Pengendali dari Sepanyol itu percaya dia mendapat virus berkenaan ketika pertembungan Liga Europa dengan kelab Greece Olympiacos pada penghujung Februari lalu.

“Saya rasa sudah pulih sepenuhnya. Memang benar saya mula merasai gejalanya ketika kami mendapat panggilan telefon daripada kelab (Olympiacos) mengatakan yang kami mungkin terdedah kepada virus… saya tidak tahu, saya rasa di dalam badan saya yang saya mempunyainya.

“Kemudian anda sedar, ‘Semua orang mungkin terdedah, ini sangat bahaya’ dan anda mula memikirkan tentang mereka yang pernah anda temui dan yang mempunyai hubungan dengan anda. Ketika itu timbul perasaan takut.

“Gejalanya seperti virus biasa kepada saya. Saya mengharungi tiga atau empat hari yang sedikit sukar, dengan demam dan batuk kering serta rasa tidak selesa di dada. Itu saja.

“Kesukaran saya ialah ada orang lain di rumah, anak-anak saya juga, dan itu merisaukan saya. Isteri saya berjaya mengharunginya, begitu juga pengasuh anak-anak saya. Syukur anak-anak tidak dijangkiti. Kami semua dalam keadaan baik,” kata Arteta. – REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X