Isnin, 30 March 2020 | 12:10pm
Gambar fail, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo. - Foto Getty Images
Gambar fail, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo. - Foto Getty Images

Ronaldo 'belanja' skuad Juventus iMac

LONDON: Cristiano Ronaldo terpaksa membelikan seluruh skuad Juventus komputer iMac selepas dia dilayangkan kad merah ketika menentang Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara.

Cerita itu dikongsikan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny yang turut memberitahu ia mengambil tempoh beberapa bulan sebelum bintang Portugal itu menerima hakikat berkenaan.

Bekas pemain Manchester United itu meninggalkan padang dengan menitiskan air mata selepas dilayangkan kad merah kerana menarik rambut tonggak pertahanan pihak lawan, Jeison Murillo.

Dia mengaku bersalah di atas kesalahan itu dan cuba merayu di sebalik Juventus melakar kemenangan 2-0 dalam perlawanan berkenan.

Mengikut polisi kelab di bawah jurulatih sebelum ini, Massimiliano Allegri, mana-mana pemain yang melanggar peraturan disiplin perlu membelikan seluruh skuad hadiah sebagai tanda permohonan maaf.

"Ya, kami semua memiliki iMac.

"Ia mengambil masa yang lama kerana dia (Ronaldo) dia tidak menerima hakikat yang dilayangkan kad merah itu dan menegaskan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Selepas lebih kurang dua bulan dia mempertahankan dirinya, dia akhirnya mengalah dan kami semua diberikan iMac. - Agensi

Berita Harian X