Selasa, 31 March 2020 | 10:12am
Maxi Rodrigiuez. - Foto AFP
Maxi Rodrigiuez. - Foto AFP

Rodriguez mengaku tipu Benitez

SANTA FE, Argentina: Bekas pemain tengah Liverpool Maxi Rodrigiuez mendedahkan bagaimana dia begitu terdesak untuk berpindah ke Anfield sebelum ini sehingga terpaksa berbohong kepada pengendalinya ketika itu, Rafael Benitez yang dia tahu berbahasa Inggeris.

Rodriguez, kini bersama kelab Argentina Newell's Old Boys, berkata dia bimbang perpindahannya ketika itu gagal kerana Benitez memberitahunya dia hanya mahu menandatangani pemain yang tahu dialek tempatan.

Pemain Argentina itu berada di Amerika Selatan untuk menyambut Krismas ketika diberitahu Benitez mahu menandatanganinya, tetapi perbualan telefon dengan bos Liverpool itu dilakukan dalam bahasa Sepanyol.

“Rafa memberitahu saya yang ia amat penting untuk semua orang berbahasa Inggeris dalam bilik persalinan.

“Dia bertanya jika saya tahu bercakap dialek tempatan dan saya kata ‘iya, sudah tentu, tenang.’

“Saya tidak mahu rundingan itu gagal jadi saya terpaksa berbohong sedikit.

“Apabila tiba di England, ada sidang media dan Rafa berkata dia akan bercakap dulu disusuli saya.

“Rafa kemudian memaki saya. Tetapi kami berdua tertawa dan selepas itu saya belajar bahasa Inggeris,” kata Rodriguez.  – AGENSI

 

Berita Harian X