X
Rabu, 1 April 2020 | 10:17pm
Giroud (kanan) disamakan dengan ‘go-kart’ oleh pemain Perancis yang dipinggirkan, Karim Benzema. - Foto Getty
Giroud (kanan) disamakan dengan ‘go-kart’ oleh pemain Perancis yang dipinggirkan, Karim Benzema. - Foto Getty

Jawapan mudah tapi padu Giroud

PARIS: Olivier Giroud membalas dengan ‘kelas tersendiri’ selepas disamakan dengan seperti ‘go-kart’ oleh pemain Perancis yang dipinggirkan, Karim Benzema.

Benzema, 32, yang berterusan dilupakan Didier Deschamps dalam perancangannya sejak 2015 selepas dikaitkan dengan siasatan memeras ugut rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.

Ia membuatkan Benzema terlepas kejayaan Perancis pada Piala Dunia 2018 walaupun statusnya sebagai antara penyerang terbaik Eropah sejak sedekad lalu.

Bintang Real Madrid itu sentiasa kasar dalam kritikannya terhadap Deschamps namun Giroud yang merasai kesannya ketika perbualan menerusi Instagram Benzema minggu ini.

Ditanya mengenai perbezaan antaranya dengan penyerang Chelsea itu, Benzema berkata: “Anda tidak boleh keliru jentera F1 dengan go-kart dan saya bercakap dengan baik. Saya tahu saya jentera Formula 1. Ia terjadi kerana dia di sana, itu saja. Ia bukanlah menakjubkan.

Giroud dan Lloris memegang trofi Piala Dunia. - Foto Getty
Giroud dan Lloris memegang trofi Piala Dunia. - Foto Getty

“[Antoine] Griezmann dan [Kylian] Mbappe lebih banyak dilihat ketika dia menyinsing lengan baju dan membuat kerja kotor lain. Tapi adakah setiap orang sukakan permainannya? Saya tidak tahu.”

Ramai mempersoalkan keputusan Deschamps membawa Giroud ke Piala Dunia 2018 berbanding Benzema tetapi penyerang itu membalas kepercayaan jurulatihnya dengan permainan berpasukan baik walaupun tidak menjaringkan gol.

Giroud dianggap sebagai wira tidak didendang Perancis di Russia dua tahun lalu. - Foto Getty
Giroud dianggap sebagai wira tidak didendang Perancis di Russia dua tahun lalu. - Foto Getty

Dan Giroud yang dianggap sebagai wira tidak didendang Perancis di Russia dua tahun lalu, memastikan dia sebenarnya yang mentertawakan Benzema.

Ditanya mengenai komen Benzema yang tidak menyenangkan itu, Giroud membalas dengan mudah: “Siapa saya, go-kart? ‘juara dunia go-kart’.” - Agensi

Berita Harian X