Khamis, 16 April 2020 | 9:03pm
Amanda dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dijangka ambil alih Newcastle United.
Amanda dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dijangka ambil alih Newcastle United.

Amanda sakit otak, tolak pinangan Putera Andrew

LONDON: Amanda Staveley kini menerajui konsortium Saudi Arabia bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang dijangka mengambil alih Newcastle United daripada Mike Ashley.

Dengan bidaan yang dikurangkan kepada 300 juta pound (RM1.63 billion) dikatakan sudah diterima, Liga Perdana kini sedang menguruskan beberapa proses bagi memastikan pengambilalihan itu dapat dijalankan.

Namun di sebalik tabir, anak kelahiran Yorkshire itu mengalami penyakit otak yang mampu mencetuskan dementia selepas dia didapati mengalami penyakit Huntington pada 2013.

Sebelum dia mencipta dalam arena bola sepak, wanita itu sebenarnya sudah ‘diintai’ Putera Raja Britain, Putera Andrew.

Namun, bekas model yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter itu menolak pinangan Putera Raja terbabit kerana dia enggan menjadi kerabat diraja.

Pada 2000, Staveley melancarkan Q.ton - kelab kesihatan, gimnasium, restoran dan pusat persidangan di Cambridge Science Park dan setahun kemudian, Andrew yang ketika itu menjadi duta perdagangan United Kingdom (UK) pergi ke taman terbabit bersama Raja Jordan, King Abdullah sekali gus bertemu Staveley buat kali pertama.

Terpesona dengan kecantikan dan kepintaran Staveley, Andrew mengambil nombor telefonnya dan mereka mula berjanji temu.

Andrew turut membawa Staveley ke Istana Buckingham dan Sandringham dengan Staveley membantu Andrew menghias rumahnya di Windsor Great Park.

Permaisuri dan Putera Phillip dipercayai gembira dengan pilihan Andrew dan memberi restu kepada Staveley namun pada 2003, dia terpaksa menolak pinangan Putera Raja itu.

“Andrew adalah lelaki dan penyayang dan saya masih mengambil berat mengenainya.

“Tetapi kalau saya berkahwin dengannya, saya akan hilang kebebasan,” katanya. - Agensi

Berita Harian X