Isnin, 11 Mei 2020 | 7:11am
Presiden La Liga Sepanyol Javier Tebas. - Foto AFP
Presiden La Liga Sepanyol Javier Tebas. - Foto AFP

Bos La Liga sasar 12 Jun

MADRID: Presiden La Liga Sepanyol Javier Tebas berkata dia berharap saingan itu akan kembali bersambung pada 12 Jun tetapi tangan mereka terikat dengan polisi kesihatan kerajaan.

Tebas berkata demikian beberapa jam selepas lima pemain dari dua liga tertinggi Sepanyol disahkan positif COVID-19. Tiga pasukan juga didapati positif.

"Saya mahu ia (musim bersambung) pada 12 Jun, tetapi ia bergantung kepada angka.

"Kata putus pada pihak berkuasa kesihatan. Mereka menjelaskan apa yang boleh dilakukan. Kami tidak terburu-buru, bukan kami yang menentukan fasa-fasa ini," kata Tebas.

Walaupun pengumuman semalam mendedahkan beberapa lagi kes positif, Tebas bertegas yang Sepanyol berada di landasan tepat untuk kembali meneruskan saingan liga.

"Ia kurang daripada jangkaan kamu. Kami jangkakan 25 atau 30, berdasarkan angka di Bundesliga dan kesan virus itu di Sepanyol.

"Daripada 2,500 individu, hanya lapan positif. Pemain-pemain sudah berada di fasa terakhir wabak berkenaan dan minggu ini mereka akan diuji sekali lagi.

"Dalam permainan, mustahil untuk mendapat jangkitan kerana kami sudah membuat kajian yang menunjukkan risikonya amat kecil jika semua orang mematuhi protokol perubatan," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X