Jumaat, 22 Mei 2020 | 9:02pm
Virgil van Dijk. - Foto AFP
Virgil van Dijk. - Foto AFP

City tolak tuah ikat Van Dijk

LONDON: Manchester City menolak peluang untuk menandatangani Virgil van Dijk dengan harga murah pada tahun 2015 selepas didakwa 'tidak yakin dengan kualiti pemain itu di Eropah'

City memutuskan untuk tidak menandatangani Van Dijk dua tahun setengah sebelum pemain itu menyertai Liverpool, kata Ronny Deila.

Bekas bos Celtic itu mencadangkan skuad The Citizens mendatangani Van Dijk selepas dia memutuskan untuk meninggalkan Parkhead pada musim panas 2015.

"Adakah saya ada berhubung dengan City? Ya. Saya katakan anda harus mengambilnya (Van Dijk). Mereka berkata, 'Baiklah, beritahu kami permainan Eropah terbaik mana yang pernah dia beraksi dan kami akan menontonnya'.

"Saya tidak dapat memberitahu mereka permainan mana kerana dia tidak mempunyai aksi Eropah yang bagus. Dia benar-benar dominan di Scotland tetapi dia dikeluarkan menentang Inter.

"Itu adalah ujian besar. Saya rasa jika dia bermain dengan baik dalam permainan itu, dia pasti akan dibeli.

"Saya fikir kelab besar beranggapan tahap bola sepak Scotland terlalu rendah dan mereka tidak mahu mengambil peluang untuk mendapatkan pemain dengan wang sebanyak itu.

"Saya rasa Van Dijk pemain yang bagus, tetapi dia tidak mempunyai satu permainan yang benar-benar terbaik di Eropah."

Dalam dua musim di Celtic, Deila bergelut di peringkat Eropah dan gagal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2014/15 selepas tewas kepada Maribor.

- AGENSI

Berita Harian X