Isnin, 25 Mei 2020 | 1:05pm
Instagram bintang Arsenal Mesut Ozil.
Instagram bintang Arsenal Mesut Ozil.

Selamat Hari Raya semua: Ozil

LONDON: Bintang Arsenal Mesut Ozil berkongsi gambar kartunnya sedang berdoa sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengikutnya di media sosial.

"Eid Mubarak kepada semua Muslim di seluruh dunia. Semoga Allah memberkati anda dengan kebahagiaan dan membimbing anda dalam saat sukar ini," kata Ozil.

Pemain tengah itu disertai bintang-bintang bola sepak beragama Islam lain yang turut menyampaikan ucapan sempena Aidilfitri.

Pemain Manchester United Paul Pogba menyampaikan mesej kepada peminatnya menerusi Majlis Sukan Dubai.

"Assalamualaikum semua, semua kawan-kawan di Dubai dan semua Muslim di dunia. Saya hanya ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada semua.

"Teruskan berlatih, kekal cergas dan selamat," kata Pogba.

Pemain Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah yang menunjukkan dedikasinya dengan senaman jam 2.40 pagi sepanjang Ramadan, turut memuat naik gambar belon dengan ucapan "Eid Mubarak".

Bintang Real Madrid Karim Benzema berkongsi videonya di Twitter dengan ucapan; "Eid Mubarak semua, semoga Tuhan merahmati anda semua." - AGENSI

Berita Harian X