Isnin, 25 Mei 2020 | 5:18pm
Jersi baharu United cetuskan reaksi berbeza dalam kalangan peminat.
Jersi baharu United cetuskan reaksi berbeza dalam kalangan peminat.

Jersi United 'membosankan', kurang daya imaginasi

MANCHESTER: Penyokong Manchester United jelas memiliki pendapat berbeza selepas jersi di tempat lawan bagi pasukan itu musim hadapan 'bocor' di laman media sosial.

Jersi berwarna hitam yang secara rasminya dipanggil sebagai 'hijau legasi' sepatutnya dilancarkan pada bulan ini, namun ditangguhkan pada musim panas susulan COVID-19.

Menerusi laman FootyHeadlines, ada penyokong yang memuji jersi terbabit yang tampak ringkas tetapi ada juga yang terkejut dengan reka bentuknya.

Jersi terbabit kelihatan agak serupa dengan jersi ketiga musim ini sekali gus ia dikritik kerana reka bentuknya dikatakan kurang daya imaginasi.

Logo Chevrolet pula terus dianggap sebagai 'pengacau' kerana ia tidak kena dengan logo pasukan dan logo Adidas yang berwarna putih.

Satu poster di Twitter menyifatkan reka bentuk itu sebagai 'membosankan'.

Seorang lagi penyokong bertanya 'bilakah logo Chevrolet itu akan sesuai dengan skema warna jersi.'

AJ memberi komen 'Adidas tiada reka bentuk menarik, semuanya sentiasa sama sahaja.'

Seorang lagi pula berkata 'jersi ini teruk. Siapa yang mereka bentuknya?'

Namun Yunus pula berpendapat 'jersi ini tidak begitu teruk manakala Rakib pula menyimpulkan 'ringkas itu lebih baik.' - Agensi

Berita Harian X