X
Khamis, 28 Mei 2020 | 12:18pm
PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (tengah) yakin mampu sambar Sancho.
PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (tengah) yakin mampu sambar Sancho.

Man Utd mampu beli Sancho

LONDON: Manchester United sudah meminjam 140 juta pound (RM747.8 juta) bagi membantu kelab mengharungi krisis COVID-19.

Bagaimanapun mereka perlu mencari jalan bagi memastikan pengendali kelab Ole Gunnar Solskjaer masih mampu membawa masuk pemain bintang seperti Jadon Sancho apabila jendela perpindahan dibuka semula.

United boleh menjana dana tambahan dengan menjual Paul Pogba kepada Real Madrid, yang menawarkan barisan bintang mereka sebagai pertukaran.

Kewangan United terjejas teruk selepas menandatangani Harry Maguire pada harga 85 juta pound (RM454 juta) dan Bruno Fernandes pada harga 46.6 juta pound (RM248.9 juta).

Selepas COVID-19 melanda, kelab memanfaatkan kemudahan pinjaman mereka di Bank of America bagi menyerap impak krisis serta membantu dalam pasaran perpindahan.

Solskjaer berminat mendapatkan penyerang Borussia Dortmund Sancho dan pemain tengah Aston Villa Jack Grealish. - AGENSI

Berita Harian X