Khamis, 28 Mei 2020 | 2:03pm
PENJAGA gol Borussia Dortmund, Roman Burki. - Foto AFP
PENJAGA gol Borussia Dortmund, Roman Burki. - Foto AFP

Chelsea sedia bawa masuk Burki

LONDON: Chelsea menyediakan 15 juta pound (RM80.18 juta untuk mendapatkan penjaga gol Borussia Dortmund, Roman Burki.

Bintang Switzerland itu menjadi pilihan untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga di Stamford Bridge.

Chelsea berharap tawaran terbaik dapat diberikan kelab Jerman itu memandangkan kontrak Burki hanya berbaki setahun.

Burki, 29, sudah beraksi lebih daripada 150 perlawanan untuk kelab Bundesliga dan kini bersedia untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

Ia isyarat jelas buat Arrizabalaga yang dia gagal meyakinkan pengendali Frank Lampard kedudukannya sebagai penjaga gawang nombor satu kelab London itu.

Penjaga gol Sepanyol berusia 25 tahun itu direhatkan untuk lima perlawanan pada Februari selepas melakukan siri kesilapan memalukan.

Arrizabalaga adalah penjaga gol termahal dunia ketika dibeli pada harga 71.4 juta pound (RM381.4 juta) dari Athletic Bilbao dua tahun lalu. - AGENSI

Berita Harian X