Khamis, 28 Mei 2020 | 2:07pm

Empat lagi kes positif Liga Perdana Inggeris

LONDON: Empat lagi kes positif COVID-19 diuji di tiga kelab Liga Perdana Inggeris pada pusingan terakhir ujian, umum liga Inggeris itu semalam.

Menurut Liga Perdana, pada sesi ujia Isnin dan Selasa, seramai 1,008 pemain dan kakitangan kelab diuji untuk COVID-19.

Mereka yang didapati positif kini perlu mengasingkan diri untuk tempoh tujuh hari.

Selepas pengumuman semalam, hanya 12 kes positif keseluruhan daripada 2.572 ujian dijalankan ke atas pemain dan kakitangan kelab Liga Perdana Inggeris sejak awal bulan ini.

Minggu lalu pemain Bournemouth didapati positif, tetapi identitinya dirahsiakan.

Antara keputusan positif pada pusingan pertama ujian adalah Adrian Mariappa dari Watford dan penolong pengurus Burnley Ian Woan.

Untuk pusingan keempat ujian, jumlah ujian akan ditingkatkan dari 50 ke 60 untuk setiap kelab.

Sebelum itu kelab-kelab Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk kembali berlatih membabitkan sentuhan menjelang liga yang dijadualkan bersambung bulan depan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X