Khamis, 28 Mei 2020 | 6:36pm
Ibu Neymar kembali jalin hubungan dengan bekas kekasihnya yang berusia 23 tahun.
Ibu Neymar kembali jalin hubungan dengan bekas kekasihnya yang berusia 23 tahun.

Ibu Neymar, bekas kekasih rujuk semula

LONDON: Ibu Neymar, Nadine Goncalves kembali bercinta dengan kekasih mudanya, Tiago Ramos yang memiliki jurang usia 30 tahun dan menyewakan flat di Sao Paulo supaya sentiasa berada dekat dengannya.

Nadine sebelum ini dikatakan memutuskan hubungan dengan pemuda berusia 23 tahun itu selepas beberapa laporan mendakwa teman lelakinya itu bercinta dengan beberapa lelaki sebelum bertemu dengannya.

Ibu kepada bintang Paris Saint Germain (PSG) itu dikejutkan apabila bekas kekasih Tiago, Rita Cumplido mendedahkan Tiago memukulnya sehingga meninggalkan 'lebam'.

Dalam satu temubual di Brazil, Cumplido yang juga pembantu jualan berusia 44 tahun mendakwa Tiago 'memukulnya kerana cemburu dan dia berubah apabila mabuk.'

Cumplido berkata: "Dia memukul saya dengan kuat sehingga mata dan kepala saya lebam."

Dia turut mendakwa keganasan domestik itu sudah dilaporkan kepada polis dan perintah larangan sudah dikeluarkan ke atas Tiago.

Di sebalik kontroversi dalam hubungan terbabit, Neymar dikatakan merestui pasangan itu.

Laporan di Brazil menyatakan Nadine menyewakan flat mewah berdekatan rumahnya di Sao Paulo buat kekasihnya itu.

Terdahulu, Tiago dikatakan menjalinkan hubungan dengan chef peribadi Neymar, Mauro sebelum bercinta dengan Nadine.

Beberapa laporan turut mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan aktor popular Brazil, Carlinhos Maia.

Wartawan O Dia, Fabio Oliveira pula mendakwa keluarga Neymar menggesa wanita berusia 52 tahun itu supaya menamatkan hubungan terbabit. -Agensi

Berita Harian X