Jumaat, 29 Mei 2020 | 2:34pm
Prodan menyatakan minat membeli FC Hermannstadt meskipun pasukan itu didakwa berdepan hutang 630,000 pound (RM3.4 juta).
Prodan menyatakan minat membeli FC Hermannstadt meskipun pasukan itu didakwa berdepan hutang 630,000 pound (RM3.4 juta).

Bekas model 'Playboy' mahu beli kelab bola

LONDON: Peranan Amanda Staveley dalam cadangan pengambilalihan Newcastle bernilai 300 juta pound (RM1.6 billion) oleh Saudi menjadi bualan sejak beberapa minggu ini.

Di Romania, seorang lagi broker bola sepak turut merancang untuk memiliki pasukan bola sepak iaitu bekas model 'Playboy', Anamaria Prodan yang digelar 'ejen bola sepak paling seksi di dunia.'

Menurut gsp.ro, bekas model berusia 47 tahun menyatakan minat untuk membeli FC Hermannstadt meskipun pasukan itu didakwa berdepan hutang 630,000 pound (RM3.4 juta).

Prodan yang berkahwin dengan bekas pemain tengah Romania, Laurentiu Reghecampf mahu terus 'melebarkan' pengaruh dalam bola sepak dan ketika ditanya mengenai perancangannya selepas COVID-19, sambil tersenyum dia berkata 'saya tidak tahu, saya fikir untuk membeli pasukan bola sepak.'

Sebelum ini, Prodan membantu perpindahan Nicolae Stanciu dari Steaua Bucharest ke Anderlecht dengan nilai perpindahan 9 juta pound (RM48 juta) pada 2016 - sekali gus menjadikan dia pemain termahal Romania sepanjang zaman.

Bekas pemain Chelsea, Adrian Mutu juga salah seorang kliennya dan pada 2009, dia menjadi pengerusi eksekutif FC Snagov sebelum memegang jawatan sama di FC Cluj tiga tahun selepas itu. - Agensi

Berita Harian X