Jumaat, 19 Jun 2020 | 8:20pm
Kante akan dijual bagi bantu Chelsea cari dana tambahan.
Kante akan dijual bagi bantu Chelsea cari dana tambahan.

Kesian Kante nak kena jual

LONDON: Chelsea bersedia menjual N'Golo Kante bagi mendapatkan dana tambahan untuk jendela perpindahan musim panas ini.

The Blues mengesahkan pembelian Timo Werner dari RB Leipzig dengan nilai 53 juta pound (RM280 juta) dan kini menyasarkan Kai Havertz dan Ben Chilwell.

Werner, 24, menandatangani kontrak bernilai 9 juta pound (RM47 juta) setahun dan bakal menerima gaji 170,000 pound (RM898,000) seminggu.

Bagaimanapun, dua pemain yang menjadi buruan Frank Lampard itu bukanlah murah dengan mereka mempertimbangkan untuk melepaskan Kante bagi menampung pembelian dua sasaran baharu mereka itu.

Difahamkan, Chelsea mengenakan polisi 'satu masuk, satu keluar' dengan mereka sebelum ini berjaya mengikat bintang Ajax, Hakim Ziyech dengan nilai 37 juta pound (RM195 juta).

Jadi, Kante yang diintai Real Madrid dan Paris Saint Germain mungkin akan menjadi pemain bakal meninggalkan pasukan itu musim panas ini.

Lampard juga terdesak mendapatkan bek kiri baharu bagi menggantikan Emerson namun bidaan 50 juta pound (RM264 juta) untuk Chilwell ditolak Leicester City. - Agensi

Berita Harian X