Rabu, 24 Jun 2020 | 5:54pm
Gambar fail, pertahanan Arsenal, David Luiz. - Foto AFP
Gambar fail, pertahanan Arsenal, David Luiz. - Foto AFP

Arsenal sambung kontrak Luiz setahun lagi

LONDON: Arsenal mengesahkan pertahanan veteran, David Luiz menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama pasukan itu.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai The Gunners daripada Chelsea pada tahun lalu dengan kontrak awal selama setahun.

Dia dikritik hebat selepas dilayangkan kad merah ketika kekalahan 3-0 Arsenal di tangan Manchester City - aksi pertama mereka selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung.

Namun Pengarah Teknikal Arsenal, Edu menjulang pengaruh yang diberikan Luiz ketika di dalam mahupun luar padang.

"David adalah pemain yang penting buat kami. Dia bermain dalam banyak perlawanan musim ini dan menjadi tonggak buat kami.

"Hantarannya, komunikasinya bersama pasukan di dalam dan di luar padang - dia membantu semua orang.'

Arsenal turut menawarkan kontrak baharu kepada Pablo Mari dan Cedric Sores selain tempoh pinjaman pemain tengah, Dani Ceballos daripada Real Madrid dilanjutkan sehingga penghujung musim 2019/20.

"Saya gembira ada pemain ini untuk skuad masa depan. Mereka dalam perancangan jangka panjang yang mahu dibentuk Mikel Arteta dan juga saya. Mereka memberi keseimbangan dalam pasukan."

- AFP

Berita Harian X