Ahad, 28 Jun 2020 | 11:09pm
Reaksi Dani Ceballos (tengah) selepas jaringkan gol dalam aksi menentang Sheffield United di Bramall Lane di Sheffield. - Foto AFP
Reaksi Dani Ceballos (tengah) selepas jaringkan gol dalam aksi menentang Sheffield United di Bramall Lane di Sheffield. - Foto AFP
Penyerang Arsenal, Eddie Nketiah (kanan) dikasari oleh pertahanan Sheffield United, Jack Robinson. - Foto AFP
Penyerang Arsenal, Eddie Nketiah (kanan) dikasari oleh pertahanan Sheffield United, Jack Robinson. - Foto AFP
Pemain Sheffield United, David McGoldrick (kiri) cuba diasak pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles. - Foto AFP
Pemain Sheffield United, David McGoldrick (kiri) cuba diasak pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles. - Foto AFP

Arsenal mara separuh akhir Piala FA

SHEFFIELD: Dani Ceballos menyelamatkan maruah Arsenal menerusi jaringan kemenangan pada masa kecederaan untuk menyingkirkan Sheffield United pada aksi di Bramall Lane, sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA.

Pemain sayap, Nicolas Pepe terlebih dahulu meledak gol pembukaan pada babak pertama menerusi sepakan penalti untuk gol kelapannya bersama The Gunners sejak menyertai mereka daripada Lille, musim panas lalu.

Terdahulu, Arsenal dihadiahkan sepakan penalti selepas Alexandre Lacazette dikasari Chris Basham dan Pepe jelas mudah menyempurnakannya untuk gol pertama Arsenal.

Pepe menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Arsenal. - Foto AFP
Pepe menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Arsenal. - Foto AFP

Namun, kelalaian pertahanan Arsenal membolehkan David McGoldrick mengikat kedudukan pada minit ke-87 dan perlawanan tampak seperti akan diheret ke masa tambahan.

Bagaimanapun, penyudah Ceballos memastikan perlawanan berakhir dalam tempoh 90 minit buat pelawat.

Arsenal bakal menyertai Manchester United bagi saingan separuh akhir dan menunggu pemenang antara aksi Leicester City bertemu Chelsea dan Newcastle United menentang Manchester City bagi melengkapkan empat pasukan terbaik. - AGENSI

Berita Harian X