Selasa, 30 Jun 2020 | 9:19am
Gambar fail, bekas pengendali Valencia, Albert Celades.
Gambar fail, bekas pengendali Valencia, Albert Celades.

Valencia tamat khidmat Celades

MADRID: Valencia memecat pengendalinya Albert Celades selepas siri keputusan buruk termasuk kekalahan La Liga kepada pesaing setempat Villareal.

Valencia sekadar mengutip empat mata daripada 15 ditawarkan selepas liga bersambung, tergelincir ke tangga kelapan liga, lapan mata di belakang kelayakan Liga Juara-Juara.

"Valencia sudah memaklumkan kepada Albert Celades berkenaan pemecatannya," kata kelab itu.

Bekas jurulatih Voro dipanggil untuk membimbing sementara Valencia buat kali keenam.

Celades mengambil alih tugas di Mestalla September tahun lalu selepas pemecatan mengejut Marcelino, yang dua kali berturut-turut menamatkan saingan di tangga keempat liga. - AFP

Berita Harian X