Khamis, 2 Julai 2020 | 7:15am
PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang meraikan jaringan ketika aksi menentang Norwich. - Foto AFP
PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang meraikan jaringan ketika aksi menentang Norwich. - Foto AFP

Aubameyang terus berbisa, Leicester kecundang lagi

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang meledak dua gol ketika Arsenal kembali mencari kedudukan ke Eropah musim depan dengan kemenangan 4-0 mengatasi Norwich City ketika Leicester terus dilanda kekalahan selepas tewas 2-1 di tangan Everton.

Aubameyang kini bersama Jamie Vardy sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 19 gol pada malam yang memberikan nasib berbeza buat pencabar gelaran Kasut Emas itu.

Arsenal mencatat kemenangan ketiga berturut-turut untuk mendaki ke kedudukan ketujuh berdepan Norwich yang semakin diancam penyingkiran.

Kapten skuad The Canaries, Tim Krul memberikan gol pembukaan kepada Aubameyang apabila cuba menggelecek pemain antarabangsa Gabon itu, namun gagal.

Jaringan pertama Aubameyang itu menyaksikan dia mencipta 50 gol aksi EPL dalam 79 penampilan - pemain terpantas Arsenal berjaya melakukannya.

"Pemain yang berupaya menjaringkan gol sebanyak dilakukannya dalam tempoh yang singkat memberitahu anda mengenai kepentingannya kepada kami," kata bos Arsenal, Mikel Arteta.

PEMAIN Leicester City, Caglar Soyuncu (kiri) mengasak pemain Everton, Dominic Calvert-Lewin. - Foto AFP
PEMAIN Leicester City, Caglar Soyuncu (kiri) mengasak pemain Everton, Dominic Calvert-Lewin. - Foto AFP

Leicester pula menuju arah berbeza apabila gagal mencipta kemenangan sejak bola sepak England bersambung kerana pandemik COVID-19 dan ia berlanjutan hingga empat perlawanan.

Gol Richarlison dan penalti Gylfi Sigurdsson memberikan Everton permulaan sempurna di Goodison Park.

- AFP

Berita Harian X