Ahad, 5 Julai 2020 | 7:52am
Aksi penyerang Mancester United, Marcus Rashford ketika menentang Bournemouth di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto AFP
Aksi penyerang Mancester United, Marcus Rashford ketika menentang Bournemouth di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto AFP

Chelsea bangkit pintas United

LONDON: Chelsea merampas kembali kedudukan di tangga keempat Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Watford 3-0, selepas Manchester United memintas seketika susulan kemenangan 5-2 ke atas Bournemouth.

Leicester di tangga ketiga juga kembali meraih kemenangan dengan Jamie Vardy melepasi angka 100 gol Liga Perdana hasil kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace.

Sementara itu Arsenal menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 di Molineux.

Marcus Rashford, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Mason Greenwood, yang meledak dua kali, menyumbang kepada kemenangan lima gol pertama anak buah Ole Gunnar Solskjaer dalam aksi Liga Perdana di laman sendiri sejak tahun 2011.

Penyerang Manchester United, Mason Greenwood (kiri) merembat ke arah gawang Bournemouth, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Manchester United, Mason Greenwood (kiri) merembat ke arah gawang Bournemouth, awal pagi tadi. - Foto AFP

"Keyakinan memuncak. Anda mendapat tenaga dan keyakinan dengan persembahan dan keputusan diperolehi.

"Saya menikmati beberapa perlawanan terakhir dan ia cukup menyegarkan. Anda tidak akan cepat tua," kata Solskjaer yang kini pasukan kendaliannya belum tewas selepas 16 perlawanan.

Bournemouth semakin ketinggalan dengan kekal di tangga kedua tercorot dan masalah benteng mereka mula kelihatan selepas mereka mendahului permainan pada minit ke-16 menerusi Junior Stanislas.

Greenwood mencetus kebangkitan United dengan memanfaatkan hantaran Fernandes, sebelum Rashford menyempurnakan sepakan penalti dan Martial meledak gol kempat mereka.

Bournemouth cuba bangkit dengan jaringan penalti Josh King tetapi Greenwood meledak gol keduanya untuk memastikan kemenangan.

Chelsea bangkit daripada kekalahan 3-2 di West Ham dengan kemenangan di Stamford Bridge.

Olivier Giroud kembali memperkuat barisan depan dan membalas kepercayaan Frank Lampard dengan memecah kebuntuan sebelum penalti Willian menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama.

Ross Barkley meledak gol ketiga dalam masa kecederaan untuk Chelsea kembali memintas United dengan dua mata.

Arsenal terus berharap untuk saingan Eropah musim depan dengan menamatkan deretan lapan perlawanan tanpa kalah Wolves yang melonjak anak buah Mikel Arteta ke tangga ketujuh.

Bukayo Saka membuka jaringan sebelum rehat dan Alexandre Lacazette yang masuk sebagai pemain gantian memastikan kemenangan empat minit sebelum tamat permainan. - AFP

Penyerang Chelsea, Olivier Giroud (kanan) melakukan sepakan percuma ketika menentang Watford di Stamford Bridge, London, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Chelsea, Olivier Giroud (kanan) melakukan sepakan percuma ketika menentang Watford di Stamford Bridge, London, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X