Isnin, 6 Julai 2020 | 8:11am
Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann (kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Villarreal di Stadium Madrigal. - Foto AFP
Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann (kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Villarreal di Stadium Madrigal. - Foto AFP

Griezmann cemerlang berdepan Villarreal

MADRID: Antoine Griezmann membalas kritikan terhadapnya awal pagi tadi dengan menjaringkan gol sensasi ketika Barcelona menewaskan Villarreal 4-1 dan menghidupkan peluang untuk memenangi gelaran La Liga.

Selepas dimalukan apabila dibawa masuk pada minit ke-90 berdepan kelab lamanya Atletico Madrid, Griezmann kembali ke kesebelasan utama di La Ceramica dan membalasnya dengan gol hebat apabila menerima umpanan Lionel Messi.

"Ia adalah gol yang hanya boleh dilakukan pemain hebat," kata jurulatih Barcelona, Quique Setien. "Dia bermain dalam perlawanan yang menakjubkan."

Kejayaan skuad Setien mengurangkan kembali jurang empat mata di belakang Real Madrid, yang sebelum itu sekali lagi menang 1-0 mengatasi Athletic Bilbao di San Mames menerusi penalti Sergio Ramos.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi (kanan) diasak pemain tengah Villarreal, Andre-Frank Zambo Anguissa. - Foto AFP
Penyerang Barcelona, Lionel Messi (kanan) diasak pemain tengah Villarreal, Andre-Frank Zambo Anguissa. - Foto AFP

Persembahan Madrid yang menyaksikan kali ketiga mereka menang 1-0, berbeza dengan gaya serangan Barcelona yang menghasilkan banyak gol.

"Kami memerlukan perlawanan seperti ini sejak dulu," kata Setien.

"Kami perlu terus menambah mata dan kami akan lihat apa yang akan berlaku." - AFP

Berita Harian X