Isnin, 6 Julai 2020 | 5:51pm
Mesut Ozil (kanan) dan Matteo Guendouzi. - Foto AFP
Mesut Ozil (kanan) dan Matteo Guendouzi. - Foto AFP

Ozil, Guendouzi dalam bahaya

LONDON: Mesut Ozil masih belum menyarung jersi Arsenal sejak Liga Perdana Inggeris bersambung manakala Matteo Guendouzi tidak diturunkan dalam empat perlawanan terakhir, yang semuanya dimenangi anak buah Mikel Arteta.

Arsenal menang empat perlawanan berturut-turut sejak mengubah formasi kepada tiga pertahanan dan akan berdepan Leicester esok dengan harapan untuk terus memburu tiket Liga Juara-Juara musim depan selepas kemenangan di Wolves Sabtu lalu.

Pemenang Piala Dunia Ozil tidak beraksi untuk kelab sejak liga bersambung dan Guendouzi bermain dalam dua perlawanan pertama, tetapi direhatkan selepas kekalahan di Brighton, susulan dakwaan yang mengatakan dia mencemuh gaji penyerang lawan Neal Maupay.

Menurut Arteta ia adalah isu dalaman yang menyebabkan Guendouzi diketepikan dalam empat perlawanan terakhir.

Masa depan kedua-dua pemain itu di Emirates menimbulkan persoalan, terutama selepas ketiadaan mereka Arsenal kembali meraih kemenangan.

"Pemain yang menghormati nilai-nilai yang kami cuba terapkan, dan mereka 100 peratus komited dengan budaya kami, dan pemain yang bertanggungjawab memberikan apa yang kami tuntut setiap hari.

"Pemain-pemain yang bersedia menolong satu sama lain, berjuang untuk rakan sepasukan dan menikmati permainan bersama.

"Itu yang saya maksudkan berada dalam satu kapal," kata Arteta berkenaan ciri-ciri pemain yang mahu dikekalkannya. - AGENSI

Berita Harian X