Selasa, 7 Julai 2020 | 8:30am
Matteo Guendouzi (kiri) dan Mikel Arteta.
Matteo Guendouzi (kiri) dan Mikel Arteta.

Arteta hukum Guendouzi

LONDON: Pemain Arsenal, Matteo Guendouzi dihukum menjalani latihan bersendirian sejak dua minggu lalu menurut laporan.

Pemain berusia 21 tahun itu terbabit dalam pergaduhan dengan Neal Maupay selepas kekalahan 2-1 Gunners kepada Brighton pada 20 Jun.

Dia juga gagal disenaraikan dalam skuad ketika Arsenal menang empat perlawanan selepas itu.

Dan menurut The Athletic, pemain antarabangsa Perancis itu berlatih sendirian dengan jurulatih kecergasan selepas mendapat arahan Mikel Arteta.

Guendouzi gagal mengawal kemarahan apabila pada satu ketika mencekik leher pamain Perancis, Maupay.

Bagaimanapun keputusan dibuat Arteta dipercayai berdasarkan lebih daripada satu insiden.

Selepas perlawanan itu, pemain tengah itu dipanggil untuk bertemu Arteta dan pengarah sukan Gunners, Edu.

Jika masalah itu berlanjutan, Gunners dikatakan mungkin akan menjual pemain itu musim panas ini. - Agensi

Berita Harian X