Rabu, 8 Julai 2020 | 7:01am
Jaringan penyamaan lewat permainan Jamie Vardy untuk terikat 1-1 di Arsenal. - Foto AFP
Jaringan penyamaan lewat permainan Jamie Vardy untuk terikat 1-1 di Arsenal. - Foto AFP

Jaringan Vardy bantu Leicester ikat Arsenal

LONDON: Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers berharap jaringan penyamaan lewat permainan Jamie Vardy untuk terikat 1-1 di Arsenal sebentar tadi, akan menjadi titik perubahan ketika skuad Foxes cuba mencari kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Rodgers kini hanya menang sekali daripada enam perlawanan sejak bola sepak England bermula kembali bulan lalu, namun mereka menggunakan sepenuhnya peluang ke atas pembuangan Eddie Nketiah 15 minit sebelum tamat saingan di Emirates.

Pierre-Emerick Aubameyang meledak buat The Gunners pada babak pertama, namun Kasper Schmeichel cemerlang di gawang Leicester bagi memastikan Arsenal tidak menambah kelebihan mereka.

Dan selepas Nketiah dilayangkan kad merah, Vardy menyamakan kedudukan hasil hantaran lintang Demarai Gray seterusnya membuka jurang empat mata berbanding pasukan tangga kelima, Manchester United, yang akan berkunjung ke Aston Villa pada awal pagi Jumaat ini waktu Malaysia.

Pierre-Emerick Aubameyang meledak buat The Gunners pada babak pertama. - Foto AFP
Pierre-Emerick Aubameyang meledak buat The Gunners pada babak pertama. - Foto AFP

Pemain Arsenal, Eddie Nketiah (kanan) meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah. - Foto AFP
Pemain Arsenal, Eddie Nketiah (kanan) meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah. - Foto AFP

Pemain Leicester City, Ayoze Perez (tengah) cuba diasak dua pemain Arsenal, Dani Ceballos (kiri) dan Bukayo Saka. - Foto AFP
Pemain Leicester City, Ayoze Perez (tengah) cuba diasak dua pemain Arsenal, Dani Ceballos (kiri) dan Bukayo Saka. - Foto AFP

"Saya rasa ia sesuatu yang besar buat kami," kata Rodgers.

"Pada babak kedua kami menakjubkan. Kami lebih pantas dalam permainan dan jika 11 lawan 11 kami adalah pasukan yang lebih baik.

"Saya gembira bagaimana kami melalui 11 lawan 10 pemain. Kami berhak mendapat gol dan jika kami boleh melakukan hantaran terakhir kami boleh menang perlawanan. Kami mengambil satu mata dan ia boleh menjadi sangat penting buat kami." - AFP

Berita Harian X