Sabtu, 1 Ogos 2020 | 9:13am
PEMAIN Paris Saint-Germain meraikan kemenangan selepas menewaskan Lyon dalam final Piala Liga Perancis di Saint-Denis. - Foto AFP
PEMAIN Paris Saint-Germain meraikan kemenangan selepas menewaskan Lyon dalam final Piala Liga Perancis di Saint-Denis. - Foto AFP

PSG lengkap treble domestik

PARIS: Pablo Sarabia menjaringkan penalti kemenangan Paris Saint-Germain ke atas Lyon dalam final Piala Liga Perancis untuk melengkapkan treble domestik mereka.

Jaringan pemain Sepanyol itu hadir selepas Keylor Navas menyelamatkan sepakan Bertrand Traore untuk kemenangan 6-5 PSG dalam penentuan penalti di Stade de France.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat masa tambahan.

Seminggu lalu, PSG menewaskan Saint-Etienne 1-0 pada final Piala Perancis, perlawanan kompetitif pertama di Perancis sejak perintah berkurang akibat pandemik COVID-19.

Sebelum itu mereka dinobatkan juara Ligue 1 selepas mendahului liga ketika musim ditamatkan lebih awal April lalu akibat pandemik berkenaan.

PEMAIN Paris Saint-Germain, Neymar (tengah) beraksi dalam perlawanan menentang Lyon pada final Piala Liga Perancis di Saint-Denis. - Foto AFP
PEMAIN Paris Saint-Germain, Neymar (tengah) beraksi dalam perlawanan menentang Lyon pada final Piala Liga Perancis di Saint-Denis. - Foto AFP

Ketiadaan Kylian Mbappe yang cedera buku lali jelas menjejaskan ketajaman barisan depan PSG.

Mbappe mengutip kecederaan itu di final Piala Perancis dan kemungkinan tidak dapat beraksi pada suku akhir Liga Juara-Juara menentang Atalanta di Lisbon pada 12 Ogos.

"Kami terseksa tetapi akhirnya menang juga. Kami akan meraikannya dan esok kami akan mula memikirkan tentang satu lagi perlawanan besar," kata pemain tengah PSG Marco Verratti.

Ini adalah treble keempat dalam tempoh enam tahun buat kelab gergasi Perancis yang dimiliki jutawan Qatar itu.

Ia juga adalah kejuaraan terakhir Piala Liga Perancis yang akan dimansuhkan bermula musim depan. - AFP

PEMAIN Paris Saint-Germain, Angel Di Maria (kanan) beraksi dalam perlawanan menentang Lyon pada final Piala Liga Perancis di Saint-Denis. - Foto AFP
PEMAIN Paris Saint-Germain, Angel Di Maria (kanan) beraksi dalam perlawanan menentang Lyon pada final Piala Liga Perancis di Saint-Denis. - Foto AFP

Berita Harian X