Ahad, 2 Ogos 2020 | 8:19am
PEMAIN Juventus meraikan gelaran Serie A selepas perlawanan menentang Roma di Stadium Allianz. - Foto AFP
PEMAIN Juventus meraikan gelaran Serie A selepas perlawanan menentang Roma di Stadium Allianz. - Foto AFP

Juve perlu ada rasa takut: Sarri

MILAN: Pengendali Juventus Maurizio Sarri memberi amaran yang pasukannya akan kembali menyengat pada aksi Liga Juara-Juara minggu depan walaupun menamatkan kempen Serie A mereka dengan kekalahan 3-1 di tangan Roma.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Juventus sejak mengesahkan gelaran Serie A kesembilan berturut-turut, hanya beberapa hari sebelum pertemuan Liga Juara-Juara dengan Lyon.

"Bagus jika ada sedikit perasaan gentar. Prestasi kami menurun selepas kemenangan ke atas Lazio.

"Tenaga fizikal mampu dipulihkan segera, tetapi daripada segi psikologi perlu dipastikan secepat mungkin, untuk bertemu Lyon," kata Sarri yang memburu gelaran elit Eropah pertama buat Juve sejak tahun 1996.

PEMAIN Juventus, Gonzalo Higuain beraksi dalam perlawanan menentang Roma pada aksi Serie A di Stadium Allianz. - Foto AFP
PEMAIN Juventus, Gonzalo Higuain beraksi dalam perlawanan menentang Roma pada aksi Serie A di Stadium Allianz. - Foto AFP

Juventus perlu mengatasi defisit 1-0 daripada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir menentang Lyon.

Cristiano Ronaldo direhatkan pada perlawanan terakhir liga menentang Roma yang berada di tangga kelima.

Inter Milan menamatkan saingan di tangga kedua selepas kemenangan 2-0 ke atas Atalanta di Bergamo, satu mata di belakang Juve. - AFP

PEMAIN Juventus, Gonzalo Higuain (tiga dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Roma pada aksi Serie A di Stadium Allianz. - Foto AFP
PEMAIN Juventus, Gonzalo Higuain (tiga dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Roma pada aksi Serie A di Stadium Allianz. - Foto AFP

Berita Harian X