Ahad, 2 Ogos 2020 | 10:39am
Ciro Immobile. - Foto AFP
Ciro Immobile. - Foto AFP

Immobile kutip 'Capocannoniere' ketiga

MILAN: Penyerang Lazio Ciro Immobile meledak gol ke-36 dirinya musim ini ketika tewas 3-1 kepada Napoli untuk menyamai rekod gol terbanyak dalam kempen Serie A.

Penyerang 30 tahun Itali itu menemui sasaran pada minit ke-22 untuk menyamai rekod 36 gol milik penyerang Argentina Gonzalo Higuain ketika mewakili Napoli pada musim 2015-16.

Immobile turut memenangi Kasut Emas Eropah, mengatasi penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski yang meledak 34 gol.

14 daripada jaringan Immobile adalah menerusi sepakan penalti, dengan Lazio menamatkan liga di tangga keempat dan kembali ke Liga Juara-Juara.

Ini adalah kali ketiga Immobile memenangi gelaran penjaring terbanyak di Itali. Pada musim 2013-14 dia meledak 22 gol untuk Torino, dan berkongsi gelaran dengan Mauro Icardi (Inter Milan) pada musim 2017-18 selepas meledak 29 gol untuk Lazio.

Cristiano Ronaldo terlepas peluang memenangi anugerah 'Capocannoniere' untuk penjaring terbanyak apabila direhatkan pada perlawanan akhir Juventus menentang Roma.

Pemain 35 tahun Portugal itu di tangga kedua dengan 31 gol. - AFP

Berita Harian X