Rabu, 16 September 2020 | 7:15am
Penyerang Lyon, Memphis Depay (kiri) mengawal bola ketika dihalang pertahanan, Arnaud Souquet (kanan) dan Jordan Ferri pada saingan Ligue 1. - AFP
Penyerang Lyon, Memphis Depay (kiri) mengawal bola ketika dihalang pertahanan, Arnaud Souquet (kanan) dan Jordan Ferri pada saingan Ligue 1. - AFP

Montpellier tewaskan Lyon

LYON: Memphis Depay meledak jaringan yang mungkin menjadi gol perpisahan buat Lyon awal pagi tadi ketika kalah 2-1 dalam Ligue 1 kepada Montpellier yang boleh menjadi perlawanan terakhirnya berikutan dikhabarkan akan ke Barcelona.

Penyerang Belanda itu menyepak kencang penalti berbaki lapan minit permainan ketika Lyon yang bermain 10 orang gagal bangkit mencari dua gol dicipta Teji Savanier pada babak pertama.

Skuad kendalian Rudi Garcia ketinggalan menerusi penalti Savanier pada minit ke-38 yang diperoleh pemain Perancis itu ketika Houssem Aouor dibuang padang kerana mengasari Arnaud Souqet sebelum rehat.

Savanier menggandakan kelebihan tuan rumah dengan sepakan rendah pada minit ke-59 dan mereka bertahan daripada tekanan lewat lawan menerusi jaringan Depay yang hadir selepas Hilton dibuang padang kerana mengasari Rayan Cherki.

Akhbar harian Belanda, De Telegraaf melaporkan bahawa penyerang Belanda, Depay dijangka akan menyertai rakan senegara, Frenkie de Jong dan Ronald Koeman di Barca minggu ini dalam perpindahan bernilai 25 juta euro (RM122.35 juta).

Bagaimanapun Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas kemudiannya berkata rakan sejawatan di Barcelona, Josep Maria Bartomeu memberitahu kelab Catalan itu tidak mampu mendapatkan Depay.- AFP

Berita Harian X