Rabu, 16 September 2020 | 9:42am

Kelab Bundesliga benarkan penonton

BERLIN: Sejumlah kecil penonton boleh kembali ke stadium bola sepak Jerman apabila musim baharu Bundesliga bermula hujung minggu ini selepas enam minggu fasa ujian dipersetujui hari ini.

Ahli politik Jerman membenarkan setiap stadium dipenuhi pada kadar 20 peratus kapasiti bagi 18 kelab Bundesliga, berdasarkan kadar tujuh hari jangkitan COVID-19 terendah atau menyamai 35 peratus daripada 100,000 penduduk daripada wilayah tempatan.

Ini bermakna sekitar 15,000 peminat kini boleh menyaksikan penyandang gelaran Bayern Munich memulakan musim baharu di laman sendiri berdepan Schalke 04 di Allianz Arena, awal pagi Sabtu ini.

Penonton mesti memakai pelitup muka dengan jarak 5 meter antara mereka manakala alkohol diharamkan dan tiada penonton dalam kalangan pasukan pelawat.

"Acara sukan mengharapkan sokongan penyokong dan suasana dengan penonton - ini termasuk untuk perlawanan Bundesliga selain sukan amatur," kata Armin Laschet, ketua bola sepak perdana negeri North-Rhine Westphalia, Jerman.

Hujung minggu lalu sudah dijalankan ujian pada pusingan pertama Piala Jerman.

Sejumlah penonton dibenarkan ke setiap gelanggang dengan jumlahnya berbeza bergantung kepada peraturan kesihatan setiap wilayah. - AFP

Berita Harian X